Cara yang paling mudah untuk install tulisan jawi tanpa sebarang software. Caranya lebih kurang sama bagi operation software Windows samada XP, Vista , Win 7 atau Win 8. Disini saya tunjukkan cara untuk Windows 7.
1. Klik start dan klik pada Control Panel.
2. Seterusnya, Klik Region and language.
3. Dibahagian tab, klik Keyboards and Languages.
4. Terdapat dua bahagian yang perlu kita buat ialah klik pada Change Keyboards.
5. Kemudian akan terpapar satu lagi paparan. Anda hanya perlu klik Add dan cari Arabic (Saudi Arabia). Setelah itu, klik ikon “+” pada Keyboards dan Other. Tick pada bahagian yang saya tunjukkan di gambar ini. Kemudian, klik OK
6. Seterusnya, anda perlu tekan button Apply dan OK.
7. Setelah siap, lihat dibahagian sebelah tray. Klik pada ikon tersebut dan akan terpapar pilihan tulisan. Untuk mengaktifkan penggunaannya, anda perlu klik pada tulisan yang Anda mahukan dan terus boleh guna.
Selepas ini, anda boleh mencuba semua jenis tulisan dengan mengikut langkah-langkah yang saya tunjukkan. Kepada yang menggunakan tulisan jawi, selepas ini anda boleh beli sticker khas jawi atau buat sendiri.
P/S:
P/S:
- Jika anda mula aktifkan tulisa jawi, kemudian anda buka Microsoft Word pastikan anda aktifkan balik tulisan jawi.
- Jika anda perlukan keyboard arabic boleh order melalui online atau beli di kedai saya. Klik link berikut untuk beli online: http://www.lelong.com.my/keyboard-sticker-arabic-pcnestore-129499268-2015-05-Sale-P.htm