Sunday, January 18, 2015

Cara install tulisan jawi untuk windows xp dan windows 7

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana cara install tulisan jawi untuk digunakan dalam word. Tulisan jawi amat penting terutama bagi guru-guru yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk membuat soalan peperiksaan dan kepada pelajar yang menggunakan tulisan jawi.

Cara yang paling mudah untuk install tulisan jawi tanpa sebarang software. Caranya lebih kurang sama bagi operation software Windows samada XP, Vista , Win 7 atau Win 8. Disini saya tunjukkan cara untuk Windows 7.

1. Klik start dan klik pada Control Panel.
2. Seterusnya, Klik Region and language.


3. Dibahagian tab, klik Keyboards and Languages.
4. Terdapat dua bahagian yang perlu kita buat ialah klik pada Change Keyboards.



5. Kemudian akan terpapar satu lagi paparan. Anda hanya perlu klik Add dan cari Arabic (Saudi Arabia). Setelah itu, klik ikon “+” pada Keyboards dan Other. Tick pada bahagian yang saya  tunjukkan di gambar ini. Kemudian, klik OK
6. Seterusnya, anda perlu tekan button Apply dan OK.
7. Setelah siap, lihat dibahagian sebelah tray. Klik pada ikon tersebut dan akan terpapar pilihan tulisan. Untuk mengaktifkan penggunaannya, anda  perlu klik pada tulisan yang Anda  mahukan dan terus boleh guna.


Selepas ini, anda  boleh mencuba semua jenis tulisan dengan mengikut langkah-langkah yang saya  tunjukkan. Kepada yang menggunakan tulisan jawi, selepas ini anda  boleh beli sticker khas jawi atau buat sendiri.

P/S: